KUALA LUMPUR: Kerajaan masih menguji mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar untuk memastikan sistem yang akan diguna pakai sesuai dan mudah di kawasan bandar dan luar bandar, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata tempoh pengujian sebelum pelaksanaan memerlukan masa antara tiga dan enam bulan sebelum mekanisme itu benar-benar bersedia untuk dilaksanakan di seluruh negara.
Katanya pelaksanaannya adalah secara berfasa untuk memastikan ia tidak mengakibatkan inflasi secara mendadak atau menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi.
"Strategi kita adalah untuk memastikan pelaksanaan menggantikan subsidi secara pukal dengan kombinasi subsidi bersasar dan bantuan tunai dibuat secara berperingkat.
"Dengan kos subsidi yang semakin meningkat, kerajaan juga perlu mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi menampung subsidi.
"Sehubungan itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengeluarkan garis panduan penjimatan perbelanjaan awam," katanya dalam pembentangan Laporan Kewangan Rakyat Ke-104 melalui laman Facebooknya hari ini.
Tengku Zafrul berkata ini untuk melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat.
"Oleh itu kementerian, jabatan dan agensi hendaklah menyusun semula peruntukan dan mencadangkan penjimatan peruntukan mengurus bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022," katanya.
Mengenai usaha kerajaan untuk memelihara kelangsungan spesis terancam, katanya peruntukan sebanyak RM13 juta telah diperuntukkan di bawah Bajet 2022 bagi pemberian bantuan kos operasi zoo, usaha meningkatkan pembiakan harimau Malaya dan pelaksanaan Program Frozen Zoo.
Katanya kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta melalui Geran Khas Yayasan Hasanah yang bertujuan untuk menyokong usaha-usaha badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Perusahaan Sosial.
"Menariknya, antara projek yang dijalankan oleh Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia ialah melindungi hidupan liar seperti harimau.
"Mereka akan melatih, melengkapkan dan menempatkan 118 orang asli sedia ada dan 10 orang baharu sebagai renjer hidupan liar untuk meronda kawasan hutan Perias-Balah di Gua Musang bagi mencegah pemburuan haram harimau dan memulakan pemantauan jangka panjang terhadap hidupan liar lain.
"Ini menggunakan petunjuk haiwan dan tinjauan perangkap kamera," katanya.
Beliau berkata penggunaan renjer orang asli telah menunjukkan hasil dengan rondaan yang ketat dan insiden pemburuan haram telah berjaya dikurangkan sebanyak 98 peratus di Taman Negeri Royal Belum.
"Melalui kamera pemantauan, ia merekodkan seekor ibu harimau bersama empat ekor anaknya membuktikan kejayaan inisiatif ini.
"Bukan sahaja harimau Malaya yang terancam, malah hidupan liar lain juga. Oleh itu, undang-undang yang lebih ketat bagi jenayah hidupan liar juga dijangka berkuat kuasa dalam masa terdekat dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 (Akta 716), menaikkan denda maksimum kepada RM1 juta daripada RM500,000 sebelum ini bagi pesalah," katanya.
Tengku Zafrul berkata dua lagi usaha penting dalam membanteras pemburuan haram ialah penubuhan Pasukan Petugas Harimau Kebangsaan yang diketuai oleh Perdana Menteri dan penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah pasukan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Tengku Zafrul berkata tempoh pengujian sebelum pelaksanaan memerlukan masa antara tiga dan enam bulan sebelum mekanisme itu benar-benar bersedia untuk dilaksanakan di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
Subsidi petrol: Memastikan sasaran subsidi tepat, elak ketirisan - Ahmad Maslan
Ahmad menegaskan kerajaan akan terus berusaha mencari jalan meningkatkan pendapatan negara menerusi beberapa langkah konsolidasi fiskal.
Kerajaan dapat jimat RM17 bilion jika T20 tidak diberi subsidi bahan api - Ahmad Maslan
Kerajaan boleh jimat sehingga RM17 bilion sekiranya golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
Data JPJ diguna pakai tentukan subsidi bersasar
Data JPJ antara elemen akan diguna pakai kerajaan dalam mengenal pasti penerima subsidi bersasar membabitkan minyak petrol.
Kerajaan akan pastikan mekanisme pemberian subsidi petrol sesuai dan mudah di bandar, luar bandar - Tengku Zafrul
Kerajaan masih menguji mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar untuk memastikan sistem yang akan diguna pakai sesuai dan mudah di kawasan bandar dan luar bandar.
Subsidi petrol: Belum ada tarikh tetap - Saifuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia termasuk berkenaan mekanisme atau kaedah pemberian subsidi kepada golongan M40 dan B40.
Masih ada subsidi bantu serap kenaikan harga RON95
Kerajaan tetap menyumbang subsidi petrol walaupun harga petrol RON95 diapungkan bermula 1 Januari 2020 berikutan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP).
Tidak boleh beri subsidi kepada yang kaya - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Kerajaan tidak akan memberi subsidi kepada mereka yang berpendapatan tinggi.
Bil elektrik tentukan golongan subsidi RON95 - Laporan
Kerajaan bercadang menggunakan bil elektrik bagi menentukan golongan yang layak menerima subsidi petrol RON95.